Geografi Perancis di Zaman Pertengahan

Bermula pada zaman pertengahan dan seterusnya, pemerintah Perancis percaya bahwa kerajaan mereka memiliki sempadan semulajadi iaitu: Pyrenees, Alps dan Rhine. Ia telah digunakan sebagai satu alasan untuk polisi agresif dan serangan yang berulang kali dilakukan.[1] Ia bagaimanapun, dari segi realitinya memiliki asas yang kecil untuk kesemua wilayah-wilayah ini digabungkan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perancis dan kekuasaan Raja di dalam kerajaan ini agak tidak stabil. Wilayah yang membentuk kerajaan Perancis menunjukkan kepelbagaian geografi yang besar, bahagian utara dan tengah memiliki cuaca sederhana sementara bahagian selatan lebih hampir pada cuaca Mediterranean. Meskipun terdapat perbezaan ketara antara bahagian utara dan selatan, terdapat perbezaan ketara bergantung pada jarak pergunungan: terutamanya Banjaran Alps, Pyreneeds dan Massif-Tengah. Perancis mempunyai sungai-sungai utama yang digunakan sebagai jalan air: Loire, Rhone, Seine selain Garonne. Sungai-sungai ini terbentuk lebih awal daripada selebihnya dan kota-kota penting dibina di tebing-tebingnya, tetapi dipisahkan dengan hutan tebal, paya dan permukaan bumi yang kasar.[2]